Sunday, February 14, 2010

Sejarah Olahraga SK Pandan Jaya (Since 2007)

Memilih tahun 2007 sebagai titik permulaan sejarah Olahraga Sekolah apabila beralihnya pengurusan Pasukan Olahraga daripada kepimpinan lama ke kepimpinan baru di bawah Cikgu Firman Haruddin. Namun demikian tidak dinafikan kecemerlangan sekolah ini dalam bidang ini pada tahun sebelumnya apabila difahamkan daripada guru lama sekolah ini sememangnya unggul namun rekod terbaik di peringkat Zon cuma 2 emas. Peralihan pengurusan 2007 sedikit kucar-kacir apabila guru yang biasa menguruskan pasukan olahraga sekolah berpindah dan tugasan ini diberikan secara tangkap muat kepada Cikgu Firman. Kesukaran cikgu Firman mengurus pasukan ini dengan baik ditambah apabila beliau mengajar di sesi petang sedangkan para atlet kebanyakannya berada di sesi pagi. Jurulatih yang diberi tugasan untuk melatih atlet di sebelah pagi juga turut menghadapi masalah kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Hasilnya pada tahun itu, atlet sekolah yang cuma berlatih 2-3 kali sahaja dibawa ke kejohanan olahraga Zon Ampang dan hasilnya cuma mampu membawa pulang 2 pingat gangsa sahaja. Pada tahun berikutnya 2008, Cikgu Firman telah ditukarkan ke sidang pagi dan ini memberi peluang dan tumpuan lebih kepada pengurusan atlet olahraga sekolah. Beliau telah memohon kepada pentadbir terutama GPK Koko untuk melakukan sedikit rombakan dalam struktur pengurusan pasukan Olahraga Sekolah apabila beliau memasukkan Ustaz Abdul Fattah dan Cikgu Aizam Nizam sebagai jurulatih baharu menggantikan yang sedia ada. Hasilnya pada tahun itu, kontinjen sekolah telah membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pada tahun seterusnya pasukan ini semakin bersemangat dengan kejayaan lepas namun perkhabaran sedih apabila Cikgu Aizam Nizam meninggalkan pasukan kerana berpindah sekolah. Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pihak pengurusan memasukkan Cikgu Khayril Anuar sebagai jurulatih baharu dan ternyata pertaruhan itu tidak sia-sia apabila atlet sekolah berjaya membawa pulang 5 emas 5 perak dan 2 gangsa pada tahun 2009. Lebih menggembirakan dengan kutipan pingat tersebut sekolah berjaya menduduki Top 3 Zon Ampang yang dianggotai 20 buah sekolah serta berjaya merangkul 2 gelaran utama iaitu Olahragawan Zon Ampang dan Olahragawan Harapan Zon Ampang. Sekaligus melengkapkan koleksi gelaran apabila Olahragawati Zon Ampang juga pernah dimenangi pada tahun 2004. Atas permintaan pihak pengurusan Olahraga, kelab Olahraga Sekolah buat pertama kalinya ditubuhkan pada tahun ini 2010 yang tertunda tahun 2009 untuk dimasukkan dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Pada tahun ini juga (2010) cabaran kontinjen Olahraga Sekolah penuh berliku apabila kejohanan terus diadakan ke peringkat daerah berbanding peringkat Zon sebelum ini. Dan ini bermakna daripada saingan 20 buah sekolah kini menjadi 70 lebih buah sekolah untuk mengutip sebutir pingat. Adakah SK Pandan Jaya mampu melakukan sesuatu pada tahun ini??? sama-sama kita nantikan..

No comments:

Post a Comment

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PUAN ARINAWATI (IBU KEPADA IRFAN SOPHIAN & SOFEA RAIHANA) DI ATAS KESUDIAN BELIAU MENAJA T-SHIRT PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH. SEMOGA DAPAT MEMBAKAR LAGI SEMANGAT PARA ATLET KITA UNTUK BERJUANG MENJULANG NAMA SEKOLAH..

Halaman