Sunday, February 14, 2010

Gendang Olahraga 2010 Kini Dipalu

Kepada mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan berupa tajaan jogging suit 40 pasang (1 kontinjen) bolehlah berhubung terus nombor sekolah 03-92838210 (Pn. Vijayarani - GPK Kokurikulum). Sumbangan anda dialu-alukan untuk menyemarakkan lagi semangat kontinjen kita pada kali ini.

Paluan gendang Olahraga 2010 bergema awal apabila latihan mula dijalankan pada masa cuti sekolah yang lalu. Kini, ia akan disambung semula bagi menghadapi kejohanan ini yang dijangka berlangsung pada bulan Mac. Misi tidak lain ingin menakhluk Zon Ampang yang terdiri daripada 20 buah sekolah jika segala perancangan berjalan lancar. Namun berita kurang enak didengar apabila ada beberapa orang atlet mungkin akan menarik diri setelah ada spekulasi daripada pihak tertentu untuk menghalang penglibatan mereka. Namun ini tidak menghalang jurulatih olahraga sekolah Ustaz Abdul Fattah dan Cikgu Khayril meneruskan misi dibantu dengan munculnya atlet-atlet baru sekolah yang tidak pernah ketandusan bakat. Apapun pengurusan olahraga sekolah di bawah seliaan Cikgu Firman akan memulakan mesyuarat pertama pada hari esok (Selasa) di PPD Hulu Langat. Selepas itu latihan akan diteruskan seperti biasa. Kami memohon seluruh warga SK Pandan Jaya mendoakan kejayaan anak-anak olahraga kita kerana semua yang direncanakan ini ikhlas hanya untuk manfaat mereka kelak dan kecemerlangan sekolah dalam bidang ko-kurikulum.
Latihan diadakan di dalam dewan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan


Tinggal kenangan, adik Yunus olahragawan harapan Zon Ampang 2009 mungkin tidak akan bersama kontinjen sekolah lagi..



Rutin drill diteruskan bagi membina stamina pelajar disamping menerapkan
semangat 1 pasukan

No comments:

Post a Comment

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PUAN ARINAWATI (IBU KEPADA IRFAN SOPHIAN & SOFEA RAIHANA) DI ATAS KESUDIAN BELIAU MENAJA T-SHIRT PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH. SEMOGA DAPAT MEMBAKAR LAGI SEMANGAT PARA ATLET KITA UNTUK BERJUANG MENJULANG NAMA SEKOLAH..

Halaman