Sunday, February 14, 2010

Perkhabaran Gembira Olahraga 2009

e="text-align: center;">
6 Februari 2009- Hanya membawa harapan untuk memecahkan rekod pencapaian tertinggi 2 pingat emas sekolah namun 5 Emas 5 Perak dan 2 Gangsa berjaya dibawa pulang dari Kejohanan Olahraga Zon Ampang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL 2009) pada tahun ini. Pencapaian ini bukan saja memperbaharui rekod pungutan pingat tahun 2008 iaitu 1 Emas 2 Perak 2 gangsa tetapi meleburkan sejarah rekod tertinggi pungutan pingat emas sekolah sebanyak 2 Emas yang dicipta pada tahun 2004.
Menambah keceriaan kontinjen olahraga sekolah tahun ini apabila sekolah kita menduduki ranking ke-3 keseluruhan daripada penyertaan 19 buah sekolah dan dianugerahkan Olahragawan Zon Ampang melalui adik Mohd. Nasrullah dan menyandang Olahragawan Harapan Zon Ampang melalui adik Yunus Syamim. Tanpa diduga juga johan keseluruhan pungutan pingat tahun ini iaitu SK Taman Tasik hanya dibezakan 2 emas oleh sekolah kita dan secara kebetulan pingat perak yang kita menangi tewas kepada sekolah tersebut. Kejayaan ini ternyata di luar jangkaan kontinjen sekolah kita kerana percaturan asal mengharapkan kejutan dilakukan oleh atlit lelaki tahun 6. Namun atlit lelaki tahun 5 turut memberikan saingan sengit.

Kejohanan Olahraga tersebut telah berlangsung selama 3 hari (3-5 Februari 2009) dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari 4 zon Hulu Langat iaitu Zon Kajang, Zon Semenyih, Zon Cheras dan Zon Ampang (yang mempunyai bilangan sekolah terbanyak dengan 19 buah sekolah). Walaupun kejohanan berlaku serentak dengan 4 zon mengadakan acara masing-masing namun perjalanan program berjalan lancar tanpa ada pertindihan dari segi masa dan acara.

Pada hari pertama kejohanan sahaja kita sudah di depan dengan 2 pingat emas acara ‘favourite’ 100m lelaki tahun 6 dan tahun 5 melalui adik Mohd. Nasrullah dan adik Yunus Syamim (Raja Pecut Cilik Zon Ampang). Perjalanan masih jauh dan dijangkakan kita akan mengutip lebih pingat lagi setelah kita mengungguli acara saringan 4x100m tahun 6 dan tahun 5 dan juga acara lari berpagar 80m tahun 6 dan tahun 5 masing-masing menduduki tempat pertama pada saringan separuh akhir.

Pada hari kedua barisan atlit kita terus melakukan kejutan menambah 2 lagi koleksi emas dalam acara 200m tahun 6 dan tahun 5 juga melalui adik Mohd. Nasrullah dan adik Yunus Syamim serta 3 pingat perak melalui kuartet 4x100m tahun 5 dan tahun 6 kita yang tewas kepada kuartet SK Taman Tasik. 1 lagi pingat perak pula daripada adik Kevineshnath yang bersaing sesama sendiri dalam acara 200m tahun 6 apabila bersaing bersama-sama Mohd. Nasrullah. Secara keseluruhannya sekolah kita berada di tangga pertama hari kedua dengan 4 Emas 3 Perak.
Pada hari terakhir kejohanan, kejutan seterusnya diharapkan dalam acara akhir lari berpagar 80m lari berpagar tahun 6 dan tahun 5 lelaki setelah memenangi kesemua acara saringan namun sedikit kontroversi terutama atlit tahun 6, walaupun kelihatan dari jauh seolah-olah 2 orang atlit kita yang berjaya menamatkan saingan pada posisi emas dan perak namun ditidakkan oleh pencatat pemenang yang memberi kemenangan kepada atlit SK Taman Tasik walaupun atlit kita sendiri turut menafikannya.
Nasib malang pula berlaku kepada atlit lari berpagar 80m tahun 5 kita apabila adik Nizam yang mendahului saingan pada mulanya tetapi terjatuh pada pagar yang terakhir. Namun mujurlah kita ada 2 orang yang berjaya ke peringkat ini dan menamatkan saingan di tempat kedua iaitu adik Roslin Hasan. Kuartet 4x200m tahun 5 pula berjaya menyumbang pingat gangsa. Namun beberapa minit sebelum keseluruhan acara berakhir pada pukul 5.00 petang bagi memberi laluan kepada Upacara Penutupan, acara akhir 4x200m tahun 6 sekolah kita berjaya merampas pingat emas daripada SK Taman Tasik yang dimenangi mereka pada tahun lepas. Lebih manis kemenangan ini juga disaksikan oleh Guru Besar kita Puan Mintal bt Masri yang kebetulan menjadi tetamu kehormat pada Upacara Penutupan majlis. Selain itu GPK KoKo Puan Vijayarani juga turun padang memberi sokongan.

Apapun syabas kepada para atlit kita yang berjuang berhabis-habisan dan barisan para atlit sekolah yang tewas dalam acara masing-masing namun sokongan sorakan paling padu di Kompleks Sukan Bukit Jalil berjaya mengundang gerun pihak lawan yang selama ini tidak mengambil penting saingan sekolah kita. Tidak lupa juga sumbangan para jurulatih dengan segala latihan, teknik dan strategi berguna untuk kita mampu pergi sejauh ini. Hanya sematkan tekad dan niat ikhlas semata-mata mengharumkan NAMA SEKOLAH. (Kontinjen Olahraga SK Pandan Jaya telah menghantar seramai 37 orang atlit dan 4 orang guru Cikgu Khayril, Cikgu Firman, Ustaz Fattah (Jurulatih), Cikgu Hasliza (Pengurus) dan Cikgu Maslinda (Guru Pengiring Perempuan).
Kuartet 4x100m Tahun 6 (Nasrullah, Rizalul, Shahrul Haizy, Hizbullah), Kuartet 4x100m Tahun 5 (Yunus Syamim, Aizat Khairi, M.Hafizuddin, Roslin Hasan), Kuartet 4x200m Tahun 6 (Nasrullah, Rizalul, Kevineshnath, Mohd. Nadzrain) dan Kuartet 4x200m tahun 5 (Wan M. Zamim, Nizam, Aizat Awang dan Yusuf Isyraf).

No comments:

Post a Comment

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PUAN ARINAWATI (IBU KEPADA IRFAN SOPHIAN & SOFEA RAIHANA) DI ATAS KESUDIAN BELIAU MENAJA T-SHIRT PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH. SEMOGA DAPAT MEMBAKAR LAGI SEMANGAT PARA ATLET KITA UNTUK BERJUANG MENJULANG NAMA SEKOLAH..

Halaman