Senarai nama murid yang terpilih untuk mengikuti latihan Fasa Akhir akan diumumkan pada hari Isnin (23 hb Februari 2010). Mereka yang terpilih dikehendaki menjalani latihan pada sebelah petang pukul 4-6 p.m hari itu juga, yang tidak hadir akan digugurkan daripada senarai skuad atlet sekolah. Berita secara tidak rasmi kita terima, ibu kepada salah seorang atlet sekolah kita sudi menyumbangkan tajaan pembelian T-Shirt Olahraga untuk 40 orang atlet sekolah, jadi atlet yang terpilih nanti cuma dikehendaki menyumbangkan sedikit wang sebanyak RM10.00 untuk cetakan nama pada T-Shirt tersebut. Untuk pengetahuan harga asal sebelum diskaun T-Shirt Olahraga ini ialah RM39.90.
Walaupun berlatih hanya menggunakan kon besar dan palang batang penyapu namun atlet kita (hurdle) begitu menyerlah dalam kategori ini, di peringkat zon sahaja 4 orang atlet kita telah terpilih mewakili zon Ampang pada tahun lepas iaitu Rizalul Supandri, Umar Syawal, Muhd. Nizam S., dan Roslin. Pencapaian 1 emas peringkat zon dan 1 emas peringkat daerah serta 2 gangsa peringkat zon. Diharapkan pihak sekolah memberi perhatian yang sewajarnya apa sebenarnya yang amat diperlukan oleh atlet kita kerana sehingga kini acara ini belum pernah dipertandingkan di peringkat sekolah atau sukan tahunan sekolah.
Moralnya : Untuk berjaya kita tidak perlu kelengkapan yang sempurna mahupun layanan istimewa lebih-lebih lagi melibatkan dana yang besar. Apa yang penting kesungguhan dan inisiatif atlet itu sendiri untuk pergi lebih jauh dengan kemudahan yang seadanya.
p/s Sukan Tahunan Sekolah Acara Lari Berpagar tidak pernah dipertandingkan.
Memilih tahun 2007 sebagai titik permulaan sejarah Olahraga Sekolah apabila beralihnya pengurusan Pasukan Olahraga daripada kepimpinan lama ke kepimpinan baru di bawah Cikgu Firman Haruddin. Namun demikian tidak dinafikan kecemerlangan sekolah ini dalam bidang ini pada tahun sebelumnya apabila difahamkan daripada guru lama sekolah ini sememangnya unggul namun rekod terbaik di peringkat Zon cuma 2 emas. Peralihan pengurusan 2007 sedikit kucar-kacir apabila guru yang biasa menguruskan pasukan olahraga sekolah berpindah dan tugasan ini diberikan secara tangkap muat kepada Cikgu Firman. Kesukaran cikgu Firman mengurus pasukan ini dengan baik ditambah apabila beliau mengajar di sesi petang sedangkan para atlet kebanyakannya berada di sesi pagi. Jurulatih yang diberi tugasan untuk melatih atlet di sebelah pagi juga turut menghadapi masalah kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Hasilnya pada tahun itu, atlet sekolah yang cuma berlatih 2-3 kali sahaja dibawa ke kejohanan olahraga Zon Ampang dan hasilnya cuma mampu membawa pulang 2 pingat gangsa sahaja. Pada tahun berikutnya 2008, Cikgu Firman telah ditukarkan ke sidang pagi dan ini memberi peluang dan tumpuan lebih kepada pengurusan atlet olahraga sekolah. Beliau telah memohon kepada pentadbir terutama GPK Koko untuk melakukan sedikit rombakan dalam struktur pengurusan pasukan Olahraga Sekolah apabila beliau memasukkan Ustaz Abdul Fattah dan Cikgu Aizam Nizam sebagai jurulatih baharu menggantikan yang sedia ada. Hasilnya pada tahun itu, kontinjen sekolah telah membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pada tahun seterusnya pasukan ini semakin bersemangat dengan kejayaan lepas namun perkhabaran sedih apabila Cikgu Aizam Nizam meninggalkan pasukan kerana berpindah sekolah. Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pihak pengurusan memasukkan Cikgu Khayril Anuar sebagai jurulatih baharu dan ternyata pertaruhan itu tidak sia-sia apabila atlet sekolah berjaya membawa pulang 5 emas 5 perak dan 2 gangsa pada tahun 2009. Lebih menggembirakan dengan kutipan pingat tersebut sekolah berjaya menduduki Top 3 Zon Ampang yang dianggotai 20 buah sekolah serta berjaya merangkul 2 gelaran utama iaitu Olahragawan Zon Ampang dan Olahragawan Harapan Zon Ampang. Sekaligus melengkapkan koleksi gelaran apabila Olahragawati Zon Ampang juga pernah dimenangi pada tahun 2004. Atas permintaan pihak pengurusan Olahraga, kelab Olahraga Sekolah buat pertama kalinya ditubuhkan pada tahun ini 2010 yang tertunda tahun 2009 untuk dimasukkan dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Pada tahun ini juga (2010) cabaran kontinjen Olahraga Sekolah penuh berliku apabila kejohanan terus diadakan ke peringkat daerah berbanding peringkat Zon sebelum ini. Dan ini bermakna daripada saingan 20 buah sekolah kini menjadi 70 lebih buah sekolah untuk mengutip sebutir pingat. Adakah SK Pandan Jaya mampu melakukan sesuatu pada tahun ini??? sama-sama kita nantikan..
Kepada mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan berupa tajaan jogging suit 40 pasang (1 kontinjen) bolehlah berhubung terus nombor sekolah 03-92838210 (Pn. Vijayarani - GPK Kokurikulum). Sumbangan anda dialu-alukan untuk menyemarakkan lagi semangat kontinjen kita pada kali ini.
Paluan gendang Olahraga 2010 bergema awal apabila latihan mula dijalankan pada masa cuti sekolah yang lalu. Kini, ia akan disambung semula bagi menghadapi kejohanan ini yang dijangka berlangsung pada bulan Mac. Misi tidak lain ingin menakhluk Zon Ampang yang terdiri daripada 20 buah sekolah jika segala perancangan berjalan lancar. Namun berita kurang enak didengar apabila ada beberapa orang atlet mungkin akan menarik diri setelah ada spekulasi daripada pihak tertentu untuk menghalang penglibatan mereka. Namun ini tidak menghalang jurulatih olahraga sekolah Ustaz Abdul Fattah dan Cikgu Khayril meneruskan misi dibantu dengan munculnya atlet-atlet baru sekolah yang tidak pernah ketandusan bakat. Apapun pengurusan olahraga sekolah di bawah seliaan Cikgu Firman akan memulakan mesyuarat pertama pada hari esok (Selasa) di PPD Hulu Langat. Selepas itu latihan akan diteruskan seperti biasa. Kami memohon seluruh warga SK Pandan Jaya mendoakan kejayaan anak-anak olahraga kita kerana semua yang direncanakan ini ikhlas hanya untuk manfaat mereka kelak dan kecemerlangan sekolah dalam bidang ko-kurikulum.
Latihan diadakan di dalam dewan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan
Tinggal kenangan, adik Yunus olahragawan harapan Zon Ampang 2009 mungkin tidak akan bersama kontinjen sekolah lagi..
Rutin drill diteruskan bagi membina stamina pelajar disamping menerapkan semangat 1 pasukan
" Tidak perlu 'berkokok' kuat jika rasa diri itu hebat, diam-diam berisi buktikan dengan aksi". Mungkin itulah prinsip yang cuba dipegang oleh bintang olahraga SK Pandan Jaya adik Mohd.Nasrullah bin Zainal. Lahir daripada keluarga atlet dimana ibu kandung beliau juga adalah bekas atlet dalam bidang yang sama, tidak hairanlah bakat itu 'turun' kepada beliau. Bukan sahaja dalam bidang olahraga, aktiviti sukan lain juga beliau turut menyerlah apabila dalam usia 10 tahun beliau sudah mewakili sekolah dalam acara bola tampar dan bola sepak. Selain itu beliau mewakili sekolah dalam larian jarak jauh Merentas Desa dan juga pasukan bola baling. Tidak hairanlah beliau dicalonkan sebagai Tokoh Ko-Kurikulum 2009 yang dicabar hebat oleh adik Mirnash Chandran (pemain catur peringkat kebangsaan) dan adik Muhd. Rizalul (pasukan Bola Sepak peringkat kebangsaan). Samada beliau mampu atau tidak menggondol anugerah itu tahun ini, sama-sama kita nantikan..Di bawah adalah sedikit profil tentang beliau.
TOKOH KO-KURIKULUM 2009
NAMA : MOHD. NASRULLAH BIN ZAINAL
TARIKH LAHIR : 1997
TEMPAT LAHIR : MELAKA
BANGSA : MELAYU
HOBI : BERSUKAN
PENGLIBATAN DALAM SUKAN
1) MEWAKILI SEKOLAH DALAM ACARA BOLA SEPAK (2008 & 2009)
2) MEWAKILI SEKOLAH DALAM ACARAOLAHRAGA (2008 & 2009)
3) MEWAKILI SEKOLAH DALAM ACARA BOLA BALING (2009)
4) MEWAKILI SEKOLAH DALAM ACARA MERENTAS DESA (2009)
5) MEWAKILI SEKOLAH DALAM ACARA BOLA TAMPAR (2007)
PENCAPAIAN DALAM SUKAN
1) MARA KE SUKU AKHIR BOLA SEPAK ZON AMPANG 2008
2) MARA KE SUKU AKHIR ACARA BOLA BALING 2009 MSSD HULU LANGAT
3) PINGAT PERAK ACARA OLAHRAGA LARI PECUT200 M & 4X200 M ZON AMPANG 2008
4) PINGAT EMAS ACARA OLAHRAGA LARI PECUT 100 M ZON AMPANG 2009
5) PINGAT EMAS ACARA OLAHRAGA LARI PECUT 200 M ZON AMPANG 2009
6) PINGAT PERAK ACARA OLAHRAGA 4X100M ZON AMPANG 2009
7) PINGAT EMAS ACARA OLAHRAGA4X200M ZON AMPANG 2009
8) PINGAT PERAK ACARA OLAHRAGA LARI PECUT 200M MSSD HULU LANGAT 2009
9) PINGATEMAS ACARA 100 M, 200 M, 4X200M PERINGKAT SEKOLAH 2008
10) PINGAT EMAS ACARA 100 M, 4X100M, 4X200M PERINGKAT SEKOLAH 2009
11) JOHAN PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP SEKOLAH 2008 &2009
12) PINGAT PERAK ACARA 200 M PERINGKAT SEKOLAH 2009
13) TEMPAT KE EMPAT ACARA 200 M PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009
14) TERPILIH MEWAKILI SELANGOR ACARA 200M
(TOLAK INGIN BERI TUMPUAN KEPADA UPSR)
15) TERPILIH MENJALANI UJIAN FIZIKAL MEMASUKI SEKOLAH SUKAN NEGARA
ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA
1) ANUGERAH OLAHRAGAWAN HARAPAN SEKOLAH 2008
2) ANUGERAG OLAHRAGAWAN SEKOLAH 2009
3) ANUGERAH OLAHRAGAWAN ZON AMPANG 2009 (REKOD SEKOLAH DALAM OLAHRAGA)
JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG DALAM KO-KURIKULUM
1) KETUA RUMAH SUKAN MERAH 2009
2) PENGERUSI PERSATUAN OLAHRAGA 2009
3) KETUA KONTINJEN OLAHRAGA SK PANDAN JAYA 2009
4) AJK PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2009
CITA-CITA DALAM SUKAN
BERHARAP DAPAT MEMASUKI SEKOLAH SUKAN NEGARA SETERUSNYA MEMASANG CITA-CITA UNTUK MEWAKILI NEGARA DALAM ACARA OLAHRAGA ATAUPUN BOLA SEPAK
MOTTO HIDUP
KETINGGALAN BUKAN BERMAKSUD TEWAS SELAGI BELUM SAMPAI KE GARISAN PENAMAT
SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PUAN ARINAWATI (IBU KEPADA IRFAN SOPHIAN & SOFEA RAIHANA) DI ATAS KESUDIAN BELIAU MENAJA T-SHIRT PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH. SEMOGA DAPAT MEMBAKAR LAGI SEMANGAT PARA ATLET KITA UNTUK BERJUANG MENJULANG NAMA SEKOLAH..