Thursday, March 18, 2010

Latihan Semasa Cuti terus berjalan..Non Stop..

Masa cutilah ni kalau nak buat latihan habis-habisan sebab minggu depan dah mula start sekolah, ingat nak bagi mereka rehat panjang sikit. Selepas ini mereka akan bawa haluan masing-masing sebab berjuang untuk rumah sukan masing-masing.

Berkongsi ilmu dan pengalaman Coach jemputan @ sebenarnya guard sekolah Mr Govinda yang bukan calang-calang latar belakang sukan beliau. Pengalaman lepas, beliau yang pernah membimbing atlet sekolah menengah dan bekas atlet negara di era beliau serta hampir mewakili negara ke sukan sea namun tersekat akibat kemalangan jalan raya.
Sesekali kita kena tunduk ke bumi hilangkan ego kerana di sekeliling kita ada yang lebih berilmu dan mereka sudi berkongsi pengalaman yang amat berguna. Saya tidak malu mengatakan saya banyak belajar microsoft Excel daripada kerani sekolah dan ilmu itu jugakla saya kongsi manafaatnya bersama rakan sekerja yang lain. Ilmu ada dimana-mana dan ada pada siapa-siapa tanpa mengira pangkat dan kedudukan.



Proses pemantapan lari berganti-ganti atlet sekolah
Selain daripada larian, beliau juga berkongsi ilmu teknik lontaran peluru. Adik comel kita ni Intan Suraya nama dia. Dia ni serba boleh, nyanyi boleh, menari boleh, bola jaring boleh dan terkini lontar peluru pun boleh..
Cuaca nampaknya menyebelahi kami, sepanjang minggu ini tiada hujan yang turun
Uhhh..letih..nak patah pinggang lompat jauh..pasir pun da mula keras seperti tanah..hehe

Sunday, March 7, 2010

Senarai Nama Atlet Yang Terpilih Mewakili Sekolah

Double Klik Gambar Untuk besarkan saiz agar lebih jelas..




Jemputan Acara relay 4x100 m SK Ampang..Keputusannya....?????

7 Mac 2010, (Ahad) Kompleks Sukan Kampung Pandan - Kejohanan jemputan yang sepatutnya melibatkan 6 buah sekolah namun satu sekolah menarik diri tinggallah 5. Sekolah yang terlibat ialah tuan rumah SK Ampang, SK Pandan Jaya, SK Taman Nirwana, SK Taman Kosas dan SK Ampang Campuran. Barisan relay 4x100m lelaki begitu nampak kepincangannya apabila dua orang atlet tidak dapat menghadirkan diri. Meletakkan Allif Mahat murid tahun 5 menggantikan Aizat Khairi dan juga Zamim pelari simpanan menggantikan Nizam sebagai pelari pertama dan kedua tidak begitu menjadi apabila di awal larian kita sudah ditinggalkan jauh oleh atlet SK Taman Nirwana dan akhirnya kita berada di tempat kedua. Faktor lorong juga turut mempengaruhi apabila kita diletakkan di lorong paling luar atau paling panjang jaraknya. Mengharapkan atlet perempuan menebus kekalahan tidak menjadi apabila turut menghuni tempat kedua juga dibelakang SK Taman Nirwana walaupun sejak dari awal kita mendahului apabila diletakkkan di lorong yang kedua. Namun larian terakhir atlet kita sedikit terganggu apabila adik Farhah masih bergelut dengan kecederaan dan keletihan dari kejohanan Road Run Daerah. Apapun ucapan tahniah dan syabas kepada para atlet kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menang. Cabaran sebenar belum bermula..

Lorr nie anak sapa nie??? Nak jadi atlet jugak ke? Atlet in the making
Apalah yang dibisikkan oleh dua rakan baik nie?? Atur strategi ke?
Menunggu acara bermula...
Menunggu acara bermula
Mendapat tempat ke-2
Pada awalnya atlet tidak cukup untuk lelaki nak buat relay, akhirnya tarik seorang
murid tahun 5 mengisi kekosongan
Ingatkan atlet perempuan boleh tebus balik, namun tumpas di saat akhir, terlalu hampir..
takpe kita balas balik di Bukit Jalil. Apapun tahun nie begitu nampak kematangan atlet perempuan kita yang sering dilabel bukan pilihan oleh sekolah-sekolah lain

Thursday, March 4, 2010

Tempat ke-10 Road Run Peringkat Daerah

4 Mac 2010, PPD Hulu Langat - Atlet Road Run Sekolah akhirnya berjaya memperbaharui rekod terbaik kedudukan Road Run Daerah dari kedudukan ke-18 tahun lepas kepada kedudukan ke-10 melalui adik Nizam Sudirman. Pada permulaan larian kelihatan adik Nur Izzatul Farhah Ismail menduduki tempat ke-2 diikuti oleh adik Maisarah di tangga ke-9, namun faktor cuaca yang panas telah mengganggu larian mereka namun syabas diucapkan kepada semua atlet sekolah yang berjaya menamatkan larian mereka. Pada kali ini juga 4 orang atlet telah menyumbang mata kepada pasukan Road Run sekolah bertambah daripada hanya 2 orang tahun lepas.

Akhirnya...Nizam berjaya mendapat tempat ke-10
Berkumpul di sekolah terlebih dahulu sebelum bertolak ke PPD Hulu Langat
Taklimat/amanat berharga daripada Cikgu Zairi
Ada ke murid SK Pandan Jaya sanggup buat road run dengan kaki seperti ini??...
Padang yang penuh dengan lautan peserta Road Run
Peserta Road Run sekolah cuba merebut tempat paling hadapan

Wednesday, March 3, 2010

Jemputan Acara relay 4x100 m SK Ampang

Pada 07 Mac ini (ahad) SK Ampang akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah mereka di Kompleks Sukan Kampung Pandan dan telah menjemput 4 buah sekolah di Zon Ampang untuk bertanding dalam acara relay 4x100 m. Buat pertama kalinya sekolah kita diipelawa oleh sekolah lain sebagai pasukan jemputan dan petanda positif saingan kita dalam arena olahraga ini turut diberi perhatian daripada sekolah-sekolah lain. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah SK Pandan Jaya, SK Taman Kosas dan SK Taman Nirwana. Warga sekolah dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada atlet sekolah yang dijangka menghantar 20 orang atlet. Prestasi di kejohanan itu akan dijadikan kayu pengukur kemampuan para atlet sekolah untuk bertanding di peringkat daerah nanti. Mungkin akan ada sedikit rombakan daripada kejohanan ini nanti sekiranya mereka tidak mencapai sasaran kerana saingan yang lebih kuat dijangka datang dari sekolah lain. Barisan 'kemungkinan' pasukan relay 4x100 m sekolah Tahun 6 (Yunus Syamim, Nizam Sudirman, Naim, Aizat Khairi, Zamim, Nur Izzatul Farhah, Wizarotul, Nur Syamimi, Siti Nor Aliah) Tahun 5 (Allif Mahat, Muhd. Azis, Danial Haikal, Azrol Anwar, Nur Najiehah, Fatin NorShuhada, Noradzsyiah dan Nur Maisarah).

Tuesday, March 2, 2010

Pengenalan Trek Road Run Peringkat Daerah



2 Mac 2010 - Sekolah telah menghantar seramai 8 orang atlet kali ini untuk menyertai pertandingan Road Run peringkat Daerah bertempat di PPD Hulu Langat-Yunus Syamim (6G), Mohd. Nizam (6H), Muhd. Allif (5H), Muhd. Azis (5H), Nur Izzatul Farhah (5G), Wizarotul Afifah (6H), Fatin Norshuhada (5G) dan Nur Maisarah (4G) . Hari ini cuma melibatkan pengenalan trek dan pesanan diberikan kepada murid supaya tidak membuat larian hanya berjalan santai sahaja. 4 Mac 2010 merupakan hari pertandingan sebenar. Diharapkan para atlet kita mampu melakukan sesuatu seperti tahun lepas 2 orang atlet berjaya mendapatkan tempat melalui adik Nur Izzatul Farhah dan Wizarotul. Bukan mudah untuk menempatkan diri dalam kelompok mendapat mata lebih-lebih lagi bersaing dengan 700 lebih orang murid, doa dan harapan warga SK Pandan Jaya mengiringi perjuangan mereka.
SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PUAN ARINAWATI (IBU KEPADA IRFAN SOPHIAN & SOFEA RAIHANA) DI ATAS KESUDIAN BELIAU MENAJA T-SHIRT PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH. SEMOGA DAPAT MEMBAKAR LAGI SEMANGAT PARA ATLET KITA UNTUK BERJUANG MENJULANG NAMA SEKOLAH..

Halaman