Tahun ke-2 berturut-berturut atlet SK Pandan Jaya membantu Daerah Hulu Langat dalam acara Olahraga untuk kutipan pingat dan mata berharga. Jika sebelum ini melalui adik Muhd. Nasrullah pada tahun 2009 mewakili Daerah dengan menyumbang mata melalui tempat ke-4 (bersijil) acara lari pecut 200m, tahun ini (2010) giliran adik Muhd. Nizam Sudirman pula. Bukan 1 acara tapi 3 acara apabila dia berjaya mendapat emas dalam acara lari ganti-ganti (4x100m) , perak acara ganti-ganti (4x200m) dan tempat ke-4 acara lari berpagar 80m (bersijil). Sekaligus memecahkan rekod pencapaian sekolah yang dibuat oleh adik Nasrullah sebelum itu. Daerah Hulu Langat menduduki tempat ke-5 secara keseluruhan daripada 10 daerah yang bertanding di dalam negeri Selangor. Diharapkan kejayaan adik Nizam akan terus menyemai perasaan minat dalam olahraga adik-adik SK Pandan Jaya yang lain. Seterusnya membakar semangat mereka untuk mencipta kejayaan kelak, Insya'Allah..Doa dan harapan warga SK Pandan Jaya mengiringi perjuangan mereka.
BLOG RASMI ATLET SK PANDAN JAYA
Saturday, April 24, 2010
Laporan Kejohanan Sukan Daerah
Stadium Bukit Jalil - Sepertimana tradisinya SK Pandan Jaya setiap tahun akan menghantar 1 kontinjen yang agak besar ke kejohanan Olahraga anjuran PPD Hulu Langat. Bezanya kali ini taraf pertandingan dinaikkan terus ke peringkat Daerah dimana sekolah akan bersaing dengan 80 lebih sekolah rendah yang ada di Hulu Langat berbanding hanya 20 sekolah di peringkat Zon sebelum ini. Pada tahun ini sekolah menghantar seramai 38 orang atlet diiringi 4 orang guru iaitu cikgu Khayril, Ustaz Fattah, Cikgu Maslinda dan Cikgu Firman. Kejohanan berlangsung selama 3 hari bermula 6 hingga 8 April di Stadium Bukit Jalil (Mercu Tanda Venue Sukan Negara) dan dikenali dengan nama baru iaitu Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Daerah Hulu Langat.
Menyedari hakikat yang terpaksa diterima kemungkinan tidak akan membawa pulang sebarang pingat kerana bersaing dengan banyak sekolah, kontinjen kali ini dibarisi banyak atlet pelapis sebagai pendedahan awal terutama untuk Tahun 4 dan Tahun 5. Pada hari pertama sahaja atlet-atlet 100 m sekolah sudah turun bersaing namun terpaksa akur dengan saringan yang kali ini begitu banyak (sehingga 14 saringan untuk satu acara) walaupun kedudukan mereka boleh dikatakan terbaik menduduki tempat ke-2. Namun hanya yang menduduki tempat pertama layak secara automatik ke pusingan seterusnya (faktor undian nasib juga perlu diambil kira-diundi awal dalam kumpulan kuat).
Apa yang tidak disangka-sangka adalah saingan sengit yang diberikan oleh para atlet kita, antaranya acara lompat tinggi tahun 6 lelaki melalui adik Naim yang menduduki tempat ke-5 (1.20 m-rekod sekolah 115 m) keseluruhan daripada hampir 60 peserta rasanya boleh dibanggakan walaupun baharu pertama kali mewakili sekolah. Selain daripada itu juga atlet tahun 5 lelaki melalui adik Amirul walaupun tidak hadir bertanding sukan di peringkat sekolah namun berjaya menduduki tempat ke-7 dengan ketinggian 115m- untuk rekod sekolah, pemenang emas sekolah tahun ini hanya menggapai ketinggian 105m. Jika keazaman dan latihan bersungguh-sungguh daripada adik Amirul diteruskan tidak mustahil tahun depan dia akan melakukan sesuatu.
Begitu juga acara lontar peluru melalui adik Azeeb Azizan dengan jarak 8.15m berjaya menduduki tempat ke-7 daerah, walaupun bertanding dengan ramai atlet. Harapan kini hadir daripada adik Tengku Khairul Nizam yang dijangka akan melakukan kejutan pada tahun depan setelah menerima pendedahan awal tahun ini. Untuk rekod adik Tengku pernah mengalahkan adik Azeeb semasa latihan di sekolah. Selain daripada itu adalah pencapaian pasukan acara lari ganti-ganti sekolah iaitu Tahun 5 yang menerima pujian dari sekolah lain apabila layak ke pusingan akhir 4x100m dan menduduki tempat ke-5 walaupun gandingan pasukan tersebut dikalangan tahun 4 dan tahun 5. Bakat-bakat muda lain tahun 4 yang diketengahkan dan diharapkan melakukan kejutan tahun depan adalah seperti adik Alif Syahmi, Mohd. Syam Fahil, Noradzsyiah, dan Nur Maisarah.
Bukan itu sahaja, pasukan relay 4x200 m tahun 6 lelaki turut layak ke pusingan akhir dan menduduki tempat ke-7, dan juga turut bersama layak ke pusingan akhir adalah pasukan 4x200m perempuan tahun 6 dan menduduki tempat ke-8. Agak malang tahun 6 lelaki dalam acara 4x100m tidak berjaya memasuki peringkat akhir kerana dibatalkan (adik Nizam menerima baton lebih awal dari kawasan yang dibenarkan) walaupun menduduki tempat pertama. Begitu juga dengan pasukan 4x100m tahun 6 apabila peserta terakhir terjatuh terlanggar besi (aspek keselamatan penganjur kurang dititikberatkan) dalam balapan walaupun kelihatan mampu menamatkan saingan di tempat pertama. Pasukan 4x100m & 4x200m perempuan tahun ini begitu menyerlah kerana pada peringkat zon sebelum ini pun mereka tidak mampu melangkah ke final (kebangkitan).
Setelah kecewa untuk 2 hari pertama kejohanan berlangsung, berita gembira muncul lewat petang hari terakhir apabila adik Nizam yang berjaya memasuki peringkat akhir lari berpagar 80m akhirnya menyumbang pingat yang tidak diduga iaitu Emas untuk sekolah. Sekali gus mengekalkan pingat yang dimenangi tahun lepas. Bezanya kali ini dia dipilih untuk mewakili Daerah ke Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Selangor. Bimbang pisang berbuah 2 kali, kali ini guru-guru pengiring bertindak nekad bertanyakan sistem pemilihan mereka yang mewakili Daerah kerana pada mulanya adik Nizam seolah-olah tidak disenaraikan kerana tidak diberikan surat tawaran mewakili daerah seperti pemenang-pemenang acara lain. Alhamdulillah nama dia disenaraikan walaupun keadaan agak tegang pada mulanya.
Kesimpulannya, walaupun hanya membawa pulang 1 pingat sahaja namun pencapaian ini telah mengangkat sekolah kita di atas sekolah-sekolah elit sukan seperti SK Taman Nirwana yang hanya membawa pulang 2 Perak 1 Gangsa daripada kejohanan tersebut. Selain daripada itu, pengalaman yang sangat berharga kepada barisan pelapis sekolah adalah ilmu yang paling berharga untuk mematangkan mereka kelak pada tahun depan. Seterusnya mampu mencipta kejutan walaupun sekolah kita agak kecil dari segi pencapaian sukan jika nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah seperti SK Taman Tasik, SK Taman Nirwana, SK Bandar Tun Hussien Onn, SK Tasik Kesuma (yang juga mempunyai murid ramai yang mencecah angka ribu berbanding sekolah kita hanya 700 orang murid sahaja) namun saingan juga mampu hadir di kalangan atlet kita.
Monday, April 5, 2010
Barisan Atlet Olahraga Sekolah 2010
Barisan Atlet Olahraga Sekolah 2010. Doa dan Harapan Warga SK Pandan Jaya dipohon bagi mengiringi perjuangan mereka di Kejohanan Balapan & Padang peringkat Daerah Hulu Langat bertempat di Stadium Bukit Jalil 6-8 April 2010
Sedikit kegusaran menimpa barisan atlet relay 4x100m perempuan bawah 12 tahun sekolah apabila adik Siti Nor Alieh (posisi Sprinter) ditimpa kecederaan semasa menjalani latihan ringan petang tadi. Apapun diharapkan kecederaan beliau tidak serius kerana barisan relay ini adalah antara yang diharap melakukan sesuatu pada kali ini. Namun demikian, seorang lagi atlet iaitu adik Norhafizzah adalah antara yang disebut-sebut akan mengambil alih tempat adik Siti Nor Alieh seandainya dia tidak pulih daripada kecederaan.
Friday, March 26, 2010
Makluman Aturcara Sukan Sekolah 2010
Wednesday, March 24, 2010
Berita Olahraga di Kosmo
RABUAN PIT antara bekas jaguh negara yang lahir daripada Kejohanan Olahraga MAKSAK.
Olahraga negara semakin kelam
Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NORnorzasrudin@kosmo.com.my
RABUAN PIT antara bekas jaguh negara yang lahir daripada Kejohanan Olahraga MAKSAK.
SELEPAS sekian lama tidak dianjurkan, masa depan Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) mula dipersoalkan.
Meskipun ada pihak mendesak supaya kejohanan yang penuh tradisi itu dianjurkan semula, ia masih menemui jalan buntu dan sehingga kini, belum ada perkembangan positif.
Untuk rekod, kejohanan itu pernah melahirkan nama-nama besar dalam lapangan olahraga seperti Rabuan Pit, Zaiton Othman, P. Rajakumari dan Datuk Dr. M. Jegathesan.
Malah kejohanan tersebut dianggap temasya terbesar kerana ia menghimpunkan 14 negeri selain penyertaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penjara.
Melihatkan senario itu, jurulatih maraton negara, P. Sidamparam (gambar) adalah individu yang paling kecewa apabila kejohanan ini semakin dipinggirkan.
Sidamparam berkata, beliau tetap dengan pendirian untuk melihat kejohanan tersebut kembali dianjurkan demi masa depan atlet dan sukan olahraga negara.
"Olahraga adalah asas kepada sukan negara dan saya amat sedih jika kejohanan ini dibiarkan 'berkubur'," kata Sidamparam kepada Kosmo! baru-baru ini.
"Saya difahamkan, ramai bakat muda yang berada dalam sektor kerajaan memerlukan satu kejohanan khas yang boleh membuka peluang mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
"Jadi, saya harap Kejohanan Olahraga MAKSAK akan diletakkan semula dalam kalendar tahunan MAKSAK pada masa akan datang."
Menurut Sidamparam lagi, dia telah berusaha untuk mengembalikan semula kejohanan ini sejak tahun 2004 tetapi sehingga kini ia masih belum terlaksana.
Katanya, terdapat ramai atlet-atlet berbakat yang berada dalam agensi kerajaan tetapi mereka tidak mendapat peluang untuk tampil membuktikan kehebatan.
Sementara itu, Penolong Penyelaras MAKSAK Malaysia, Nor Azlan Zainal berkata, Kejohanan Olahraga MAKSAK terpaksa dihentikan sementara kerana kurang mendapat penyertaan daripada badan gabungan.
"Peserta hanya ramai daripada kalangan angkatan tentera sahaja, seolah-seolah kejohanan itu seperti acara ATM pula," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Nor Azlan, sehingga kini, belum ada tanda-tanda kejohanan tersebut yang kali terakhir diadakan pada 2003 akan dianjurkan semula.

Friday, March 19, 2010
Rezeki Olahraga
Alhamdulillah semakin ramai yang sudi memberi sumbangan, terkini secara tidak rasmi seorang ibu atlet sekolah menawarkan diri memberi sumbangan seadanya. Namun bagi pihak atlet olahraga sekolah harga sumbangan itu bukanlah perkara penting tetapi nilai disebalik sumbangan itu iaitu sokongan moral kepada atlet-atlet sekolah dimana perjuangan mereka seolah-olah diiringi bersama, yang semakin menghampiri tarikh kejohanan. Teruskan sokongan anda dan kami sentiasa mengalu-alukannya. Terima kasih...
Thursday, March 18, 2010
Latihan Semasa Cuti terus berjalan..Non Stop..
Masa cutilah ni kalau nak buat latihan habis-habisan sebab minggu depan dah mula start sekolah, ingat nak bagi mereka rehat panjang sikit. Selepas ini mereka akan bawa haluan masing-masing sebab berjuang untuk rumah sukan masing-masing.
Berkongsi ilmu dan pengalaman Coach jemputan @ sebenarnya guard sekolah Mr Govinda yang bukan calang-calang latar belakang sukan beliau. Pengalaman lepas, beliau yang pernah membimbing atlet sekolah menengah dan bekas atlet negara di era beliau serta hampir mewakili negara ke sukan sea namun tersekat akibat kemalangan jalan raya.
Sesekali kita kena tunduk ke bumi hilangkan ego kerana di sekeliling kita ada yang lebih berilmu dan mereka sudi berkongsi pengalaman yang amat berguna. Saya tidak malu mengatakan saya banyak belajar microsoft Excel daripada kerani sekolah dan ilmu itu jugakla saya kongsi manafaatnya bersama rakan sekerja yang lain. Ilmu ada dimana-mana dan ada pada siapa-siapa tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Selain daripada larian, beliau juga berkongsi ilmu teknik lontaran peluru. Adik comel kita ni Intan Suraya nama dia. Dia ni serba boleh, nyanyi boleh, menari boleh, bola jaring boleh dan terkini lontar peluru pun boleh..
Subscribe to:
Posts (Atom)